Pages

Tuesday, December 13, 2011

BLACK FOREST CAKE



BAHAN2 NYA..

RESEPI CHOCOLATE SPONGE CAKE

(Loyang Kek 18cm / 7 inci)

BAHAN A:

  • 3 biji kuning telur
  • 100 gram gula castor
  • 120 gram tepung kek
  • 50 ml minyak masak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara:

  1. Campurkan semua Bahan A ke dalam mangkuk adunan.
  2. Kacau rata menggunakan senduk kayu. Ketepikan.

BAHAN B:

  • 30 gram serbuk koko Van Houtan
  • 120 ml air panas.

Cara-cara:

  1. Satukan bahan B.
  2. Kacau sehingga serbuk koko hancur.
  3. Masukkan Bahan B ke dalam mangkuk Bahan A dan kacau rata. Ketepikan.

BAHAN C:

  • 3 biji putih telur
  • 60 gram gula castor
  • 1/4 sudu kecil cream of tar tar
  • Loyang kek 18cm / 7inci

Cara-cara:

  1. Sapu dasar dan keliling loyang dengan marjerin. Alas dasar loyang dengan cooking sheet.
  2. Panaskan oven dengan suhu 170 degree.
  3. Dengan menggunakan mixer, pukul putih telur bersama cream of tar tar selama 2 minit.
  4. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehinggan gebu dan bertanduk. Adunan tidak tumpah walaupun diterbalikkan mangkuk pengadun.
  5. Campurkan adunan kuning telur ke dalam adunan putih telur.
  6. Kaup balik adunan supaya sekata. Jangan terlebih kacau.
  7. Masukkan adunan ke dalam loyang.
  8. Bakar dengan suhu 170 degree selama 50 minit atau sehingga kek masak.
  9. Sejukkan di atas redai.

CARA MENGHIAS KEK BLACK FOREST

Bahan-bahan:

  • Whipped Cream (200ml)
  • 25 gram gula halus
  • Chocolate Syrup Hershey's
  • Dark Pitted Cherry / apa2 jenis buah pun boleh je
  • Buah cherry bertangkai secukupnya (E-na guna 6 biji)
  • Chocolate parut(Ikut cita rasa sendiri)


selamat mencuba ya!!..


Sunday, December 4, 2011

kek puding koktel..tp blom siap sepenuhnya lg..hehe


LAPISAN KEK PUDING KOKTEL

BAHAN A

-140gm tepung gandum

-70 gula kastor

-6biji kuning telur

-135ml air biasa

-1 sudu tehh baking powder+esen vanila 1sudu teh

-45ml minyak masak@butter cair

BAHAN B(MERINQUE)

-6 biji putih telur

-70gm gula kastor

-1 sudu the krim of tartar

cara2 nya..

1) Asingkan telur putih n kuning

2) pukul BAHAN B. hingga kembang

3) Campurkan bahan A & B

4) Bahagikan 3 warna..

5) masukkan selang2 warna..

6) bakar cara double boiler selama 1jam 15 minit..


SIAP!!! selamat mencuba!


Saturday, December 3, 2011

Cotton Blueberry Cheesecake Recipe



Cotton Blueberry Cheesecake Recipe

4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara

1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.

2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.

3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.

5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.
6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .

7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Tuesday, November 22, 2011

Resepi ari ni...


with my sis...Noorlelawati Derahman
  • RENDANG TOK

    Bahan
    1 kg daging [potong sebesar 3 inci]
    2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
    1/2 cawan kerisik
    1/2 biji kelapa [dipotong nipis] >> kakliza x masukkan sebab anak2 tak suka..
    3 s/b gula merah
    3 keping asam keping
    Daun kunyit [koyakkan]
    garam

    Bahan mesin
    2 s/b ketumbar
    1 s/b jintan manis
    1 s/b jintan putih
    1 s/b lada hitam
    3 kuntum bunga lawang
    5 kuntum bunga cengkih
    25 biji cili kering
    20 biji bawang merah
    5 cm halia
    5 batang serai
    3 cm lengkuas

    Cara:
    1. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, kerisik dan asam keping dalam kuali.
    2. Masakkan dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak.
    3. Bila telah pekat masukkan daun kunyit, asam keping dan kerisik. Kacau rata.
    4. Masakkan lagi sehinggan naik minyak dan cukup pekat. [sebaiknya keringkan sikit rendang ni]
    5. Hidangkan.

Monday, November 14, 2011

...abadan abada .. +__+


ceria hati tatkala doa pasti didengari...
rintih hati pasti disantuni...
harapan jua impian diserahkan sebulat segenap pada yang empunya...
kian di tatap segetir keringat,cumanya untuk suatu hakikat...
disantun lagi susunan harapan,
mulai mengharap...
mulai berusaha...
mulai memahami praktisnya tawakkal...
mampukan hati untuk mayaqini...
mampukan diri untuk menggalasi seputar rasa nan sentap menyentap emosi...akal...dan jasmani...
namun sedari pastinya tiap kemampuan itu bukan kita empunya...
pelakon watak cuma tapi bukan penentu kisahnya...
lakari tiap taqdir bersama kesabaran...coreti tiap taqdir dengan ketabahan...
lengkapi ia semampu mungkin dengan keridhaan...
kita cuba mengangkat diri manjadi makhlukNYA...
mengangkat rasa menjadi hambaNYA...
moga bersendi semi hakiki abadi...
abadan abadaa...

Cotton Blueberry Cheesecake Recipe



  • Cotton Cheese Cake

    4-5 keping slice cheese
    200 ml susu segar
    70 gram butter atau marjerin
    70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
    70 gram gula
    4 biji telur saiz M
    beberapa titik esen vanila

    Cara-cara

    1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.

    2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.

    3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

    4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.

    5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.
    6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .

    7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

    8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Sunday, October 2, 2011

Hakikat sementara


hidup pada memberi...dinihari,lantunan puitis mulai hadir...
hadir untuk mengenal siapa dia AL Khaliq...kerapnya tiap bicara kisaran dan putaran legarnya cuma pada si benda...yang pastinya maujud untuk sementara...jalanku jua caraku mengenal,cuba dengan mengisar buih-buih syair,biar ia berpintal merawak serata maya, cuma untuk mengusir titip-titip kebesaran dunia biar digalasi erti bermakna demi membina yaqin pada si DIA...harapku padanya segala.

~ikmAL

Friday, September 30, 2011

ciptaanMu Ya robb


Indah titip kasih mu Tuhan...detik detak hati ini,dikau mengerti gerangan apa maknahu...terkasima penglihatan melihat tatap-tatap indah ciptaan mu ya RAB...siap siaga tiap cipataan,tiap perhiasan jua penikmatan...tersadai indah halwa mata runtunan jiwa...ku calari rasa ini biar kasih dibatasi kudratmu,biar sayang di alasi ihsanmu...sedetik sedetak rasa manginjak persada qalbu,seluruh genapan hati terpaku...insan kerdil mengulis iman,mengungkap kasih Tuhan...

nukilan ikhlas
ikmAl

Sunday, September 25, 2011

keMatiaN seMakin hampir dengan kita..


Teman...
Semakin meningkatnya usia kita, maka semakin dekatlah kematian menjemput kita..
Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin jauhlah kita daripada masa lampau kita..
Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin matanglah pemikiran kita..
Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin banyaklah tanggungjawab kita kepada manusia lainnya..
Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin banyaklah soalan yang akan diajukan kepada kita oleh Allah Azza Wa Jalla di Yaumul Qiamah..
Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin bertambahlah juga amanah dan tanggungjawab kita kepada keluarga..
Semakin bertambahnya usia kita maka semakin hampirlah kita kepada hari yang dijanjikan Allah iaitu Yaumul Zalzalah..
Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin banyaklah catatan amalan daripada Malaikat Roqib dan Atid petugas Allah..
Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin dekatlah masa penantian Malaikat Izrail Alaihissalam menjemput kita..
Oleh itu.. aku berpesan pada diriku dan pada mu teman...
Sekiranya usiamu bertambah tetapi tidak bertambahnya kebaikanmu kepada Allah, maka ketahuilah kamu telah jauh kepada Allah..
Sekiranya usiamu bertambah tetapi tidak bertambahnya Iman, ilmu serta amalan takwa mu kepada Allah, maka ketahuilah hidup mu tiada makna..
Demikian itu temanku...
Jagalah beberapa perkara ini, biar seiring dengan usiamu,
Perbanyakkanlah mengingati Allah, kerana dengan mengingati Allah hidupmu pasti Qona'ah..
Perbanyakkanlah membaca al-Quran dan maknanya, kerana dengan membaca al-Quran hidupmu penuh dengan barakah serta panduan hidayah...
Perbanyakkanlah selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W, kerana dengan perbanyakkan selawat serta mencontohi akhlak perilakunya, hidupmu akan selamat dan tidak akan tersesat dari hidayah Allah..
Perbanyakkan bangun di sepertiga malam solat tahajjud bermunajat kepada Tuhanmu, kerana dengan itu kau pasti mendapat kemanisan Iman yang kuat dan teguh kepada Allah..
Perbanyakkanlah mendidik amanahmu dengan Syariat Allah Azza Wa jalla, kerana dengan itu hidupmu akan sentiasa diawasi, dilindungi serta dijaga Allah. (Ihfazillah Yahfazka)..
Perbanyakkanlah mengingati Mati kerana dengan itu akan melembutkan hatimu serta dapat mematikan keinginanmu kepada dunia yang bakal hancur dan musnah!
Perbanyakkan kemesraanmu bersama sahabat-sahabatmu dan menyambungkan silaturrahim bersama ahli keluarga terdekatmu, kerana dengan itu hidupmu tiada dibelenggu musuh.
Perbanyakkan rasa ikhlas dalam berniat melakukan amal ibadah kepada Tuhanmu sebagai bekalan menuju Allah di Yaumul Qiamah.
"Ya Allah kiranya ini jalan takdirMu untuk kami maka berikanlah kami taufiq dan hidayahMu dan jadikanlah ukhuwah ini pembuka jalan untuk mendekatkan diri kami padaMu... Amiin...”

Sunday, September 11, 2011

Allah Maha segalanya...



tiap bait bicara pasti ada pendengarnya...tiap tinta kata pasti ada peminatnya...tiap cangkiran rasa pasti ada pemerhatinya...namun setiap tiap itu pasti punya pemiliknya...yang mampu memiliki tiap sesuatu...yang mahu dan mampu menguasai segala sesuatu...kita merentas waktu mencari sesuatu...sesuatu yang kita cuba rapati dan fahami galurannya maknahu...supaya kelak dihadapanya kita mengerti...untuk apa dan apa kah kita ini...tiap sedutan nafas...tiap kerdipan mata...DIA tahu dan MAHA segalanya...

mAl~

Monday, September 5, 2011

pencarian cinta

hidup kita tetapnya sebuah pencarian cinta
kita hidup dengan cintanya
kita bernafas dalam lingkungan rahmat cintanya
di sini ,tanah ini kita melangkah menggagah waktu dan tika semata untuk mengenal hakikat sebuah cinta
terkadang kesunyian dalam cinta itu terlebih indah dan suci demi mardhatillah...
namun tiap hati insani ingin saja merasa cinta sesama jiwa, sedang terleka dan alpa siapa si pemunya roh dan zat cinta itu...
ya RABBI...mohon senanatiasa dalam naungan cinta mu.
tiap detik nyawa berdetik,tiap tika nafas di hela...kecintaanMU...milikMU dan dariMU...

sahabat alam maya
`mal~

Tuesday, August 2, 2011

KEK KUKUS CHOC MOIST SAYA!


BAHAN2..

A
-SERBUK COKLAT SECAWAN
-GULA ICING 1 CAWAN


B
-6 BIJI TELUR
-3/4 GULA ICING
-2 CAWAN TEPUNG NAIK SENDIRI (BLUE KEY)
-1 KETUL BUTTERCUP
-1 SUDU KECIL ESEN VANILA
-1 SUDU KECIL SERBUK PENAIK

CARA-CARANYA;

1. Pukul telur 6 biji sehingga kembang..(bertukar jadi warna putih)
2. Masukkan 3/4 gula icing, putarkan sehingga kembang
3. masukkan Buttercup sedikit demi sedikit
4. Masukkan tepung blue key..pukul lagi
5. Masukkan esen vanila.
6. Campurkan BAHAN A tadi dalam BAHAN B..
7. Panaskan air dlm pengukus..tunggu menggelegak air..then kukus selama 45 minit..

SELAMAT MENCUBA! ;')

-boleh hias ngan kacang badam or choc rise.. it's up to u..


Sunday, July 24, 2011

peliharalah hati ini YA ROB!


'Jika rindu ini bertatah,aku harap biarlah untuk Allah..
Andai rindu ini menarik resah kepadaMu aku pasrah..
Andai pencarian ini masih belum kutemui,.
Ya Allah damaikanlah hati ini.
Biarlah resah menarik sepi.Biarlah kecewa meratap pergi.
Biarlah kasih mengikat diri.Ya Muhaimin kepadaMu aku mengadu hati.
Serikanlah taman hati bukan pada fikirku tapi pada redhaMu..'

Wednesday, July 6, 2011

doa itu senjata bg org2 mukmin


“Ya Allah! Ya Tuhan kami..

“Pada hari ini kami menadah tangan memohon restu perkenankan daripadaMu,

Jadikanlah kebaikan hari ini,hari kebaikan bagi kami,,kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami..”

“Sesungguhnya Ya Allah..jadikanlah hari ini hari bg kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kpd yang lebih baik,dari insane yg lemah kpd insane yang kamil,dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yg baik,yang baik kpd yang lebih baik..”

“Ya Allah! Jadikanlah tugas yg telah dan akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepadaMu jua..

Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah,kerana diberi masa untuk terus hidup,menerokai alam yang penuh khazanah yang Engkau ciptakan untuk kami memikir dan untuk kami mengambil iktibar di atas KeagunganMu.Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai penghidupan yg penuh keimanan dan ketaqwaan kpdMu Ya Allah..”

“Ya Allah Ya Rohman, Ya Rohimm..Engkau satukanlah hati-hati kami agar dapat bekerja dengan jiwa yang bersatu padu,hormat menghormati,percaya mempercayai,berikanlah kami kekuatan tenaga dan akal fikiran juga kesabaran dalam menghadapi ujian dan dugaan, pimpinlah kami agar kami tahu mensyukuri nikmat yang telah Engkau kurniakan kpd kami juga pimpinlah kami dalam melakukan perbuatan-perbuatan baik dan usaha-usaha yang murni yang Engkau redhai dan masukkanlah kami ke dalam lingkungan hamba-hambaMu yg solehin iaitu dengan RahmatMu Ya Allah!

“Ya AllahYa Robbul Alamin..

Perkenankanlah kami untuk menuju kearah petunjukMu dan peliharalah kami daripada perkara-perkara yang menyebabkan kebodohan dan kerosakan diri kami sendiri, selamatkanlah kami dari sifat-sifat keburukan hawa nafsu kerana ia adalah sejahat-jahat musuh.Lindungilah kami dari kesesatan hati , kelalaian, kepapaan,kehinaan, bebanan hutang,kemiskinan dan sifat-sifat yang Engkau tidak redhai seperti lahgo(sia-sia) dan membuang masa

“Ya Allah! Engkau perbaikilah kami di atas urusan agama kami yg menjadi sandaran segala urusan kami,Engkau perbaikilah dunia kami yang menjadi penghidupan kami, perbaikilah akhirat kami dimana kami akan dikembalikan..Ya Allah! Jadikanlah kehidupan kami sebagai tambatan setiap kebaikan untuk kami..Amin ya robbalalamin…”

Tuesday, June 14, 2011

Keranamu sahabat,aku berubah....


...S>A>H>A>B>A>T...


Jika dulu aku seorang yang lalai dalam mengerjakan suruhan ALLAH, kini tak lagi.

Aku dahulukan suruhan Allah,sedikit demi sedikit aku jauhi kemungkaranNYA.

Ini bukanlah bermakna aku seorang yang suka melanggar perintah ALLAH,cuma aku seorang yang jahil,suka melengah-lengahkan waktu solat. Aku bukanlah seorang yang suka berpeleseran ataupun suka merayau ke sana sini. Kehidupan aku hanyalah di rumah dan di campus aje. Pagi berada di campus manakala petang berada di rumah. Begitu juga bila musim cuti semester menjelang,rumahlah tempatku beristirehat. Pendek kata kebanyakkan masaku dihabiskan di rumah. Rumahku Syurgaku.

Keranamu sahabat,aku berubah.....

Jika dulu aku seorang yang bahagia dengan kehidupan dunia,kini tak lagi.

Sebab ku tahu bahagia di dunia hanya sementara,akhirat jua kekal abadi.Kini kebahagiaan akhirat yang ku kejar,sedikit demi sedikit ku tinggalkan keseronokkan duniawi. Syurga ALLAH menjadi matlamatku kini.Aku mula mempelajari ilmu akhirat..bljar mengaji+tadjwid+taranum..dan ak alunkan irama merdu dari AL-QURAN setiap hari. Terasa damainya hati,ketenangan milikku jua. Usrah tempat tumpuanku..jumpa sahabat2 pengubat rindu..sahabat cerminan diri..kita tidak sempurna.tetapi kita mampu menjadi yang tebaik di antara semua..Dulu aku bahagia,kini aku lebih bahagia kerana hatiku telah ke serahkan kepada ALLAH. Cintaku kepadaNYA melebihi cintaku kepada diriku sendiri.Nikmatnya jatuh cinta kepada PENCIPTA,tiada tandingannya.

syukran sahabatku...

Dalam diam..


Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
Kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
Kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

Kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..
Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

Kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
Kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukmu ...

Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali??
Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah ....

Karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya??

Dan jika memang 'Cinta Dalam Diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ...

Jika dia memang bukan milikmu, Allah, melalui waktu akan menghapus 'Cinta Dalam Diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

Biarkan 'Cinta Dalam Diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan...

Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba...mungkinkah dengan ridha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya...

Jika benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allahmaka ia pun berhilir hanya kepada Allah..

Allah hu akhbar..kerdilnya diri ini mencintaiMu..YA RAHMAN YA RAHIM..

Friday, May 27, 2011

..Layar Keinsafan..


Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar


Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

Tuesday, May 17, 2011

Erti sebuah persahabatan


Sahabat.. Masih ada waktu
Untuk kau dan aku menghitung
Dosa-dosa lalu

Lantas membasuhnya
Kembali menyinar
Menghiasi taman-taman kasih

Masih ada waktu bagi kita
Mengikis coreng-coreng mazmumah
Dan mengutip kuntuman mahmudah
Menghiasi kamar hidup ini

Dan masih ada waktu bagi kita
Untuk memupuk kasih dan sayang
Sekuntum cinta Ilahi
Seharum cinta yang murni

Moga ukhwah yang dicipta ini
Kan terjalin bersama mesra sejati
Bersama memupuk kasih cinta Ilahi
Moga bahgia di negeri abadi

Wednesday, April 27, 2011

KEK KEJU BLUEBERRY




Bahan A -Base Biskut

120 gm biskut chipsmore
2 s/b butter

Cara
1. Mesinkan halus biskut.
2. Gaulkan dengan butter sehinga boleh dikepal.
3. Masukkan dalam loyang springform 8 inci bulat yg telah dilapikkan kertas minyak.
4. Tekan adunan dan bakar pada suhu 150'C selama 10 minit.

Bahan B - Filling
250 gm krim keju Philidephia
70 gm butter
120 gm fresh cream
120 gm gula halus
50 gm tepung jagung
30 gm tepung superfine
1 s/teh esen vanilla
4 biji telur ayam [asingkan kuning dan putih telur]
2 s/b blueberry filling

Topping:
Filling blueberry..
[bolih dibeli siap dari kedai alat kueh/kek
atau dalam tin dari supermarket. ]

Cara:
1. Panaskan oven 150 C selama 5 minit. ...
2. Pukul putih telur sehingga naik gebus saperti bueh sabun. Pastikan tiada kuning telur tercampur dalam adunan putih telur...dan juga pemukul telur kering dari minyakatau air.]
3. Pukulkan keju kerim, butter, gula dan frsh cream/whipping cream sehingga gebu.
4. Masukkan kuning telur satu persatu dan esen vanila. Pukul algi sehinggga rata.
5.. Ayakkan kedua-dua jenis tepung.
6. Dengan menggunakan senduk kayu masukkan tepung dan kacau rata.
7. Buat teknik kaup-balikkan adunan.
8. Masukkan adunan putih telur dan gaulkan rata. Masukkan pula blueberry dan kacau rata.
9. Masukkan adunan dalam loyang yg telah ada biskut base.
10 .Bakar pada suhu 150'C selama 70 - 75 minit
11. Bila telah amsak biarkan didalam oven selama beberapa jam.
12. Sejukkan kek dalam peti sejuk untuk 4- 5 jam lagi.
13. Letakkan topping blueberry sebagai hiasan dan boleh dihidangkan.

Resepi Kek Pisang




Bahan2

5 biji pisang(emas,berangan ke or mane g sesuai la)
4 biji telur
2 cawan tepung blue Key
2 sudu bikarbonat
1 cawan gula
1 cawan minyak

Cara2 nya...
Blender je sume..
pas tu kukus..
kalo suke bakar boleh jugak..
45 minit kukus or bakar..

SELAMAT MENCUBA!!

Monday, April 25, 2011

doaku padamu YA RAHMAN..


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

Ya Allah, demi rahmatMu aku memohon maka janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata dan perelokkanlah urusanku keseluruhannya, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.