Pages

Sunday, September 25, 2011

keMatiaN seMakin hampir dengan kita..


Teman...
Semakin meningkatnya usia kita, maka semakin dekatlah kematian menjemput kita..
Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin jauhlah kita daripada masa lampau kita..
Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin matanglah pemikiran kita..
Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin banyaklah tanggungjawab kita kepada manusia lainnya..
Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin banyaklah soalan yang akan diajukan kepada kita oleh Allah Azza Wa Jalla di Yaumul Qiamah..
Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin bertambahlah juga amanah dan tanggungjawab kita kepada keluarga..
Semakin bertambahnya usia kita maka semakin hampirlah kita kepada hari yang dijanjikan Allah iaitu Yaumul Zalzalah..
Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin banyaklah catatan amalan daripada Malaikat Roqib dan Atid petugas Allah..
Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin dekatlah masa penantian Malaikat Izrail Alaihissalam menjemput kita..
Oleh itu.. aku berpesan pada diriku dan pada mu teman...
Sekiranya usiamu bertambah tetapi tidak bertambahnya kebaikanmu kepada Allah, maka ketahuilah kamu telah jauh kepada Allah..
Sekiranya usiamu bertambah tetapi tidak bertambahnya Iman, ilmu serta amalan takwa mu kepada Allah, maka ketahuilah hidup mu tiada makna..
Demikian itu temanku...
Jagalah beberapa perkara ini, biar seiring dengan usiamu,
Perbanyakkanlah mengingati Allah, kerana dengan mengingati Allah hidupmu pasti Qona'ah..
Perbanyakkanlah membaca al-Quran dan maknanya, kerana dengan membaca al-Quran hidupmu penuh dengan barakah serta panduan hidayah...
Perbanyakkanlah selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W, kerana dengan perbanyakkan selawat serta mencontohi akhlak perilakunya, hidupmu akan selamat dan tidak akan tersesat dari hidayah Allah..
Perbanyakkan bangun di sepertiga malam solat tahajjud bermunajat kepada Tuhanmu, kerana dengan itu kau pasti mendapat kemanisan Iman yang kuat dan teguh kepada Allah..
Perbanyakkanlah mendidik amanahmu dengan Syariat Allah Azza Wa jalla, kerana dengan itu hidupmu akan sentiasa diawasi, dilindungi serta dijaga Allah. (Ihfazillah Yahfazka)..
Perbanyakkanlah mengingati Mati kerana dengan itu akan melembutkan hatimu serta dapat mematikan keinginanmu kepada dunia yang bakal hancur dan musnah!
Perbanyakkan kemesraanmu bersama sahabat-sahabatmu dan menyambungkan silaturrahim bersama ahli keluarga terdekatmu, kerana dengan itu hidupmu tiada dibelenggu musuh.
Perbanyakkan rasa ikhlas dalam berniat melakukan amal ibadah kepada Tuhanmu sebagai bekalan menuju Allah di Yaumul Qiamah.
"Ya Allah kiranya ini jalan takdirMu untuk kami maka berikanlah kami taufiq dan hidayahMu dan jadikanlah ukhuwah ini pembuka jalan untuk mendekatkan diri kami padaMu... Amiin...”

No comments:

Post a Comment