Pages

Wednesday, April 27, 2011

KEK KEJU BLUEBERRY




Bahan A -Base Biskut

120 gm biskut chipsmore
2 s/b butter

Cara
1. Mesinkan halus biskut.
2. Gaulkan dengan butter sehinga boleh dikepal.
3. Masukkan dalam loyang springform 8 inci bulat yg telah dilapikkan kertas minyak.
4. Tekan adunan dan bakar pada suhu 150'C selama 10 minit.

Bahan B - Filling
250 gm krim keju Philidephia
70 gm butter
120 gm fresh cream
120 gm gula halus
50 gm tepung jagung
30 gm tepung superfine
1 s/teh esen vanilla
4 biji telur ayam [asingkan kuning dan putih telur]
2 s/b blueberry filling

Topping:
Filling blueberry..
[bolih dibeli siap dari kedai alat kueh/kek
atau dalam tin dari supermarket. ]

Cara:
1. Panaskan oven 150 C selama 5 minit. ...
2. Pukul putih telur sehingga naik gebus saperti bueh sabun. Pastikan tiada kuning telur tercampur dalam adunan putih telur...dan juga pemukul telur kering dari minyakatau air.]
3. Pukulkan keju kerim, butter, gula dan frsh cream/whipping cream sehingga gebu.
4. Masukkan kuning telur satu persatu dan esen vanila. Pukul algi sehinggga rata.
5.. Ayakkan kedua-dua jenis tepung.
6. Dengan menggunakan senduk kayu masukkan tepung dan kacau rata.
7. Buat teknik kaup-balikkan adunan.
8. Masukkan adunan putih telur dan gaulkan rata. Masukkan pula blueberry dan kacau rata.
9. Masukkan adunan dalam loyang yg telah ada biskut base.
10 .Bakar pada suhu 150'C selama 70 - 75 minit
11. Bila telah amsak biarkan didalam oven selama beberapa jam.
12. Sejukkan kek dalam peti sejuk untuk 4- 5 jam lagi.
13. Letakkan topping blueberry sebagai hiasan dan boleh dihidangkan.

Resepi Kek Pisang




Bahan2

5 biji pisang(emas,berangan ke or mane g sesuai la)
4 biji telur
2 cawan tepung blue Key
2 sudu bikarbonat
1 cawan gula
1 cawan minyak

Cara2 nya...
Blender je sume..
pas tu kukus..
kalo suke bakar boleh jugak..
45 minit kukus or bakar..

SELAMAT MENCUBA!!

Monday, April 25, 2011

doaku padamu YA RAHMAN..


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

Ya Allah, demi rahmatMu aku memohon maka janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata dan perelokkanlah urusanku keseluruhannya, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.



Thursday, April 21, 2011

Resepi Kek Puding Karamel




BAHAN-BAHAN

(A) GULA HANGUS

-2 sudu besar gula (untuk buat gula hangus)

->>tabor gula dalam Loyang dan masak atas api perlahan…biar gula hancur dan warna tukar jadi perang). Ketepikan

(B) BAHAGIAN ATAS

-1/2 tin susu cair (200 ml)

-70 gm gula kastor

-1/2 sudu the esen vanilla

-3 biji kuning telur

(C) LAPISAN KEK

-140gm tepung gandum

-70 gula kastor

-3biji kuning telur

-135ml air biasa

-1 sudu tehh baking powder

-45ml minyak masak@butter cair

(D) MERINQUE

-6 biji putih telur

-70gm gula kastor

-1 sudu the krim of tartar

CARA-CARANYA

-Kacau semua bhn (B) perlahan2, jgn bagi berbuih..nanti x jadi karamelnya..

-Masukkan(B) td dlm Loyang gula hangus tadi..ketepikan.

-Pukul bahan (C) –Sy guna senduk je,..ketepikan..(masa ni bolehlah tambah susu pekat manis tu.)

-Pukul bhn (D) sampai jadi kembang & bila angkat dia x jatuh.

-Campurkan adunan ( C) + (D) dan gaul ngan serbuk sehingga sebati.

-Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..masukkan ked lm Loyang yang ada gula hangus tadi (A+B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang Bakar cara double boiling hingga masak.

-Bila masak angkat & rehatkan 10minit baru tebalikkan kek yang dibakar tadi..Masukkan dalam peti sejuk 1 jamdan lepas tu makan ketika sejuk..NYAM2..

Selamat mencuba kawan2..

Monday, April 11, 2011

Alhamdulillah...

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
further and further away from you

Ooooo Allah, you brought me home
I thank you with every breath I take

الحمد لله الحمد لله
All praises to Allah

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud
to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that's when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you

الحمد لله
All praises to Allah

Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank you for bringing me home

الحمد لله
All praises to Allah

الحمد لله


syukur padaMu ya Allah diberi demam,sakit tu penghapus dosa..
blh mendekatkan diri padaNYA
<3